Wednesday, March 13, 2013

C.I.N.T.A

Bismillahirrahmanirrahiim..

CINTA.. :) :)
Cinta ni satu tajuk yang famous kan..
I mean.. bile sebut pasal cinta..remaja la especially..dia akan rasa tertarik untuk tak kesahlah..
kalau kat tv..tertarik nak tengok..kalau kat radio..tertarik nak dengar..dan kalau pada magazine atau mana2 artikel..tertarik nak baca..^^
Hee..saya manusia juga..jadi saya faham dan mengerti..saya pernah rasa begitu.. cinta ni kan fitrah yang suci murni..cuma kadangkala manusia yang seringkali mngotorinya..hmmph.




Now.. bila sebut pasal cinta, sesetengah daripada kita.. first thing yang pop up in their mind is.. cinta si adam dan si hawa.kan3..
Yes..that is a sort of cinta.. BUT kadangkala kita terlalu agung2kan cinta si adam dan si hawa ni sampai kita pinggirkan cinta sang Khaliq kita.. yakni cinta kepada ALLAH..
ni belum lagi sentuh soal cinta kepada Rasulullah..

Kita tahu.. Allah cinta agung kita..
 kita tahu.. cinta Allah cinta yang kekal abadi..
 kita tahu.. Allah adalah pemilik segala cinta..
kita tahu..tanpa Allah hampalah cinta manusia.
Kita tahu semua tu.. tapi sangat susah kan untuk kita sama2 letakkan cinta Allah nombor satu.. susah sangat.. cabarannye banyak sekali.. sebab apa?
syaitan kan ada di sekeliling kita..
dia sgt benci melihat hamba2 Allah ni menganggap Allah adalah segala2nya..
dia benci tengok hamba2 Allah yang mengagungkan cinta kpdNya..
dan dia yakni syaitan dan iblis laknatullah akan terus menerus menghasut kita..supaya kita jauh daripada Allah..
mahukah kita melihat diri kita tewas hanya kerana bisikan syaitan?? mestilah taknak kan.. na'uzubillahiminzalik..

Apa yang kita harus lakukan?
*senyum dulu :)
Kita perlulah..
 Tingkatkan CINTA kita kepada Ilahi.. pemilik segala cinta..
Memang mudah mulut menuturkan..tapi sukar jasad melaksanakan..
yup..that's true.. but kalau ada usaha, mesti ada jalannya kan..



Jom kita hayati sama2 hadis di bawah ni..
Saya masa mula2 tahu kewujudan hadis ni..rasa sentap.. rasa nak menangis sepuas2nya.. bercampur baur rasa di hati masa tu.. hadisnya berbunyi..:

"Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekatiku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas."
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Allahu..
 betapa sayangnya Allah kepada kita.. memang tak terjangkau dek akal fikiran kita.. tapi kita yang selalu khianati.. kita tak hargai kasih sayang yang Allah berikan kepada kita.. kita cari Allah bila waktu susah je.. bila waktu senang? kita selalu lupakan Dia kan.. tapi still.. Allah selalu nantikan kita datang dan bersujud menyembahNya.. betapa luasnya kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya..Dia tetap menerima taubat hamba2Nya selagi mana nyawa kita ni masih ada.. dan selagi mana matahari belom terbit dari sebelah barat.. jomla..kita kembali kepada Allah.. :) jomla kita agungkan cinta Allah.. :) jomla.. kita kan sama2 nak masuk syurga ^^



Macam mana sebenarnya kita nak utamakan cinta Allah ni?
Hmm.. saya nak tanya.. bila kita jatuh cinta terhadap seseorang..apa yang kita selalu buat? setahu sayalah kan..kita selalunya akan kaji pasal dia.. tgk biodata dia.. cari kelebihan2 dia..kalau boleh..kita nak tahu serba serbilah pasal si dia ni..
Nak rasa cinta tu lebih kepada Allah.. macam tu jugak kita perlu buat..
Kita hayati Asma Allah a.k.a asmaul husna.. alaa..yang kita selalu nyanyi time perhimpunan tu..
Lagi..kita baca buku2 yang menekankan cinta kepada Allah.. kalau dh diri tu asyik nak baca novel cinta manusia je.. macam manalah hati tu nak betul2 terpaut kepada Allah..kan?
hmm..kita jugak bolehla tingkatkan ibadah kita..especially solat kita..bykkn solat sunat.. cube kita sama2 cari ketenangan melalui solat.. sebab..solat ni..detik dan saat kita bertemu pencipta kita..
baca juga surat cinta daripada Allah..a.k.a Quran ^^
insyaAllah.. rasa sayang tu lama2 akan bersemi dalam hati :)



Memang cinta sesama manusia lelaki n perempuan tu salah ea?
Awak...
takde siapa cakap salah pun..
Siapa yang cakap salah tu sebenarnya dia melawan fitrah..
Cinta tu tak pernah salah..tapi manusialah yang selalu membawa cinta ke jalan yang salah..
bak kata Hilal Asyraf."kalau kita cinta..sanggupkah kita lihat orang yang kita cintai masuk ke dalam neraka?"
Masalah yang timbul sekarang.. cinta sesama manusia tetapi abaikan cinta kepada Allah..
"Eleh..siapa kata saya tak sayang Allah.. saya sayanglah"
If betul2 sayang...kita takkan langgar perintah Allah.. itu baru bukti kita sayang dan cinta Allah.. cinta bukanlah sekadar lafaz tapi turut terbukti pada perbuatan kita..
Allah larang kita keluar berdua-duaan dengan insan ajnabi..tapi kita buat jugak semata2 kerana cinta kepada si dia tu.. tapi Allah larang.. cinta yang mana satu kita utamakan ni? fikir sejanak :)

Ya Allah..moga hati kami sentiasa tertaut padaMu..sentiasa mengharap cinta dan redhaMu..andai cinta sesama insan hadir dalam hati kami..moga cinta itu membawa kami lebih dekat dgnMu..kerana sesungguhnya..tanpa cintaMu..hampalah cinta manusia.. :") ameen~


p/s saya ni pun sedang perbaiki diri..perbaiki hati(mending the heart).. kita sm2 cube ea.. ALLAH tu sentiasa buka kepada kita peluang. its either nak atau tak nak je. :)







2 comments:

  1. CINTA dalam rangka ketaatan pada Allah itu, lain rasanya.
    CINTA dalam rangka belajar mencintai Yang Haq itu nikmat rasanya.
    CINTA yang Allah tumbuhkan pada hati orang-orang beriman, itu luar biasa.
    CINTA yang Allah hadiahkan pada hati, untuk kita sebarkan pada insan sekeliling itu lain impaknya.

    setuju dgn post ni :)

    ada org cakap camni,

    ukhuwah dgn akhawat pun tak settle lagi, dah nak ukhuwah dgn ikhwah ?

    hehe, true indeed .

    btw, thanks for the post khaulah ! :)

    ReplyDelete
  2. welcome ^^
    Husna najihah.. syukran aidhon for your share :)

    ReplyDelete