Tuesday, March 12, 2013

Kita semua da'ie :)

Bismillahirrahmanirrahiim..

Jom selawat dulu... ^^
Dah?
oke..kite teruskan :)



InsyaAllah..hari ni nak kongsi sikitla berkenaan seorang da'ie..
erm..da'ie tu ape ye? hmm..da'ie adalah orang yang mengajak ke arah kebaikan..
Biasenyelah kan..if kita bercakap tentang da'ie atau kerja2 dakwah ni..selalu akan keluar statement macam ni..
"eleh..aku ni jahat..mana layak nak ajak orang jdi baik"
"hmm..berdakwah tu kerja ustaz2la..biarla diorg buat kerja diorg.."
"ilmu aku tak cukup..mcm mana nak ajak orang jdi baik"
dan sebagainya yang cukup biasa kita dengari..
Persoalannya..kenapa mentaliti masyarakat kita begini??
Kalau rasa jahat..berubahla..dan ajaklah orang lain turut berubah jdi baik..
Kalau rasa ilmu tak cukup.. teruskan menuntut ilmu but still..teruskan dakwah..
kalau rasa tak layak.. fikir dalam2..kalau smua orang kat dunia ni rasa tak layak..agak2 smpai tak risalah Islam kepada kita?


Okay..sekarang..cube tgk ayat kat picture yang saya masukkan kat atas ni.. apa dye tulis??
Ia adalah kata2 Rasulullah.. "Convey from me even one verse"
Apa yang yang dimaksudkan oleh baginda dgn ayat itu?
Maksudnya..Rasulullah..kekasih kita..menyeru umatnya untuk terus menerus menyampaikan kebaikan a.k.a berdakwah..dalam erti kata lain menjadi seorang da'ie..
See.. its a responsibility for us all as muslims..
Tanamkan dalam diri tanggungjawab menyampaikan kebaikan tu.. barulah kita terasa menyeru supaya orang buat baik tu satu A.M.A.N.A.H... dan bila kita ada amanah.. patutkah kita khianati??
tepuk dada.. tanya iman :)

Hmm..sekarang cube perhatikan kembali gambar kat atas tu.. tgk kembali lukisan2 orang kat sekeliling ayat tu..ada cartoon2 comel kan^^
eh.. tapi secomel2 cartoon2 tu pun bawa makna tau..
Apa yang dia nak sampaikan kat situ?
Dia nak kata.. dakwah ni boleh dalam pelbagai cara.. kita sebagai da'ie mesti tahu..apa yang kita mampu dan apa yang kita tak..

Tak semestinye..nak jadi seorang da'ie..kena pegang microphone dan bercakap  24 jam di hadapan orang ramai...siapa yang mampu begitu..teruskanlah :D
Tapi..kalau kita ni jenis stage fright..takut nak ckp in front of lots of people..jangan jadikan tu alasan untuk kita tak nak laksanakan amanah kita kat dunia ni iaitu menjadi seorang da'ie Allah..
gunakan cr lain..berdakwah melalui penulisan ke..
Ha! siape yang pandai buat video..pun boleh.. uploadkan kat youtube..biar smua org boleh lihat dan tgk :) kita jugak dapat pahala..
Lagi satu..sekarang kan penggunaan FB adalah sgt meluas.. twitter ke.. ape2lah.. haa.. ni pun boleh dijadikan satu medan dakwah.. terpulang kepada kitala nak gunakan dgn cr ape.. use it for a purpose or without one.. keputusan terletak di tangan kita^^

                                      (kita sama2 hayati hadis kat atas tu..^^ )

Bercakap mengenai seorang da'ie nilah kan.. mesti ada mad'unya..betol tak..
eh..cop..sebelum tu.. mad'u means orang yang kita berdakwah kepadanya.. kiranya..orang yang kita ajak buat baik tula :)
hmm..
as a da'ie.. kesabaran tu sangatlah penting.. penting sangat2lah..*nampak tak betapa pentingnya di situ* hehe.
yelah..if kita sebagai da'ie..tak tau nak bersabar.. maunye lari mad'u kita tu..
Biarlah nak menyampaikan kebaikan tu dgn cara yang betul kepada org yang betul.. tak bolehla main redah je.. adalah sgt baik if kita ni sebagai seorang da'ie..faham betul2 mad'u kita tu macam mana.. dia orang yang baran ke..cepat terasa ke..suka bila ada dalil ke..dan sebagainya..
 especially bila kita one-to-one dgn mad'u kita..
lagi satu.. never put early expectations.. maksud saya.. awal2 kita dh ada persepsi sendiri pasal mad'u kita tu.. kadang kita fikir..dye ni gaya mcm keras hati je.. padahal hati dye lembut sgt..ntah2 lagi lembut dari kita..

Ni nak kongsi sikitlah..pengalaman jadi fasi... baru2 nila.. di sekolah SAMBBST..
Before start kem tu memang dah buat early preperationla.. bincang2 sesama fasilitator.. aktiviti ape nak buat dgn budak2 yang kami nak handle nanti.. telefon ustazah in charge, dapat tau..budak2nye dalam lingkngan form 4,form 5..dan ada juga form 6. haih..mengeluh sekejap. yelah..kami ni dahla lepasan spm..pengalaman pun tara mana je. but..kami kuatkan keazaman. kami nak membantu diorg. kita nak bantu orang..bukan ikut umur.. niat pun diperbetulkan. Aktiviti yang kami plan kesemuanya sesuai ikut tahap n umur diorangla kan. Itulah persepsi awal kami terhadap mereka.
Gitu-gini..tup2..sampailah hari yang dinanti2kan..*ceh* takdela..semangatla kan nak handle program bersama rakan2 seperjuangan^^. Niat kami pun diteruskan pada hari first sampai sekolah tu. Bila kami start je program.. first aktiviti kami buat..macam biasela kan..ice breaking..memang sepi satu dewan..meaning..bdk2 tu macam taknak bagi kerjasama. muka smua bosan je. dah risau dah masa tu..baru hari first. Takpe2..releks dulu.
Kami cuba kaedah lain..nak tarik perhatian diorg. dari situlah kami/saya sedar..even umur diorg dh upper form..kita tak boleh terus judge yang pemikiran masing2 dah matang..memang masa tu rasa macam layan budak2 pun ada..but.. sangat seronok sebenarnya :)

Nak buat selingan sikitlah.. video para fasi di kem Nadwah Qiyadi SAMBBST yang saya cerita kat atas tu..hehe
**enjoy the video^^

             (doakan kami..dan anda semua mampu menjadi da'ie Allah yang hebat insyaAllah^^ )

Itulah dia.. sebagai da'ie..kita kena kreatif.. nak berdakwah bukan tengok tahap umur..tapi tahap pemikiran mereka2 yang jadi mad'u kita tu.. barulah menjadi. kalau kita berdakwah kepada orang dewasa pun..but pemikiran diorg terhadap islam masih cetek..kita kena hormatilah dan gunakan cara pendekatan yang betul.

*Hish! ni susah ni nak jadi da'ie..itu tak kena..ini tak kena.
Jap2..tenang dulu.. :) :)
siapa kata mudah? memanglah susah sikit..ada cbrn dan tribulasinya..
kitala kena kuat..jangan mudah putus asa ^^
kalau kita boleh bersungguh2 hadapi segala cabaran dalam exam..kenapa tak dalam berdakwah?

Ayuh kita renung2kan ye..
Amanah kita kat dunia ni..jangan dipersia..
kuatkan minda..
tabahkan hati..
insyaAllah..Allah bersama ^^

2 comments:

  1. Salam.alhamdulillah kau berdakwah menggunakan pendekatan penulisan blog:D Bimbinglah aku juga ye.Kalau ada salah yg aku buat, please advice me!!:D

    ReplyDelete
  2. wassalam :)alhamdulillah a'la kulli nikmah :) huhu..insyaAllah..sme2 kita perbetulkn diri ye ^^

    ReplyDelete