Tuesday, May 14, 2013

Allah itu dekat sangat.

Bismillahirrahmanirrahiim.

Say Alhamdulillah.
Kita masih boleh bernafas..masih boleh melihat..masih boleh mendengar. Kita masih dipinjamkan nyawa. 
Jangan sombong. katakan alhamdulillah. Kerana nikmat hari ini belum tentu mampu kita kecapi pada esok hari.
Allah.


Allah s.w.t berfirman dalam surat cintaNya buat kita:

Dan sekiranya hamba-Ku bertanya tentang-Ku kepadamu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhnya Aku amat dekat.
                              
                                                                    (Al-Baqarah 2:186)


Kata-kata Allah kat atas ni sangat menyentuh hati saya. Bukti jelas bahawa Allah itu sangat dekat dengan hambaNya. Cuma kadangkala kita yang tak sedar atau berangkali terlepas pandang. Asyik dengan kenikmatan dunia sehingga terlupa matlamat hidup kita atas muka bumi ini iaitu mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. 

Hakikat manusia memang begitu. Mudah lupa bila diri dalam kesenangan. Tapi, bila dalam kesusahan, Allah jua yang kita cari. Merintih dan mengadu padaNya. Menangis semahu-mahunya. Tapi Allah..sentiasa ada dekat dengan kita. Sentiasa bersama kita. Maka, apakah salah bagi kita untuk mengingati Allah pada setiap ketika?

Allah itu dekat sangat duhai kawan2. 

Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah lebih rapat dari urat nadi.

Lihat. Betapa dekatnya Allah dengan kita. 



Humans tend to take things for grantedKita buat dosa tapi Allah tetap buka seluas-luasnya pintu taubat buat kita. Allah tetap menantikan kita terus-menerus melaksanakan perintahNya. Tapi apa balasan kita selaku hamba kepada Tuan yang menciptakan kita yakni Allah? Apakah kita menghargai kasih dan sayang Allah buat kita? Jika ya, mana buktinya?

Action speaks louder than words. Kita tahu Allah dekat dengan setiap hambaNya. Kita tahu kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya. Kita tahu semua itu. Namun hati kita kadangkala tetap dikeraskan. Tetap terus menerus   
melanggar segala perintah Allah. 

Bila ditanya, apakah engkau sayangkan Allah? Jawapannya semestinya ya. Ya kerana apa? Kerana masing2 tahu betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan. 

Jika kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung.
(Ibrahim 14:34)

Kita tahu bahawa tanpa izin Allah kita tidak akan wujud atas muka bumi ini. Namun, pembuktian rasa sayang kepada Allah bukanlah melalui kata-kata semata-mata, sebaliknya perlu dizahirkan dengan perbuatan kita. Tepuk dada, tanya iman kita.. apakah yang telah kita lakukan sebagai bukti sayangnya kita kepada Allah?

There's no turning back. Nah.. sekarang manusia boleh sombong. Sekarang manusia boleh angkuh. Merasa diri hebat segala-galanya. Merasakan dunia adalah miliknya. Tapi akan sampai satu ketika di mana tiada lagi maaf buat diri kita. Kita tidak mampu berpatah balik untuk kembali hidup di dunia sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa. Dan ketika itu penyesalan tiada guna lagi. Apakah kita mahu menjadi di antara orang-orang yang rugi di kemudian hari? Minta dijauhkan sejauh-jauhnya. Sungguh..saya sendiri tak sanggup.

Grab the chances. Kita. Yes..awak yang baca dan saya yang tulis. Allah masih bagi kita peluang hidup sampai sekarang. Jadi apa kata kita letakkan keazaman dalam diri untuk jadi yang lebih baik. Tak susah. Sememangnya hidup jauh lebih indah apabila kita jadi hamba yang soleh. Setiap saat kita berada dalam dakapan kasih sayangNya. Allah tak pernah jauh dari kita maka kenapa perlu kita menjauhkan diri daripadaNya? Peluang hidup sekali cuma. Maka rebutlah peluang yang sekali ini. Mungkin..mungkin hati terasa berat. Terasa payah dan sukar. But look, berbaloi sangat kesusahan yang sedikit di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga yang selama-lamanya di akhirat sana. kan? ke tak? Saya rasa berbaloi..


Apabila hati kita meronta-ronta hendak melakukan kejahatan, itu adalah bisikan syaitan dan nafsu jahat semata-mata. Kerana pada hakikatnya, hati kita secara fitrahnya sukakan kebaikan. Tapi akan sentiasa ada yang menghalangnya. So why not try to fight back. Itulah yang kita panggil jihad. Jihad melawan hawa nafsu. Besar ganjarannya di akhirat kelak.

Andai terasa hendak berpatah balik meninggalkan Allah, meninggalkan suruhanNya...kembalilah bermuhasabah diri. Tebalkan rasa malu dalam diri. Malulah kepada Allah yang sentiasa dekat dengan hambaNya tidak kira siang mahupun malam.

Terdapat sebuah hadis yang berbunyi:
" Sesungguhnya Allah menunggu hambaNya di langit bumi setiap malam."

Yang dimaksudkan setiap malam di sini adalah setiap masa dan ketika walaupun dalam keadaan hambaNya lalai dan alpa terhadap-Nya.

Allah... Malu kan. Sedangkan Allah.. Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha berkuasa. Begitu sekali sayang Dia terhadap kita... begitu sekali Dia hendak kita mendekatiNya. Tapi apa yang kita lakukan selama hidup kita? Di mana Allah di hati kita? Apakah kita berusaha mendekatiNya atau semakin lama semakin menjauh?

Kalau saya.. saya rasa rugi hidup tanpa meletakkan Allah dalam ingatansaya setiap masa. Saya tak tahu anda bagaimana. Tapi moga kita sama2 ada rasa begini agar usaha terus dilakukan untuk mendekatkan diri kita dengan Rabbul Izzati.. Allah.



Satu perkara yang pasti, sejauh mana pun kita cuba lari meninggalkan Allah.. suatu hari kepadaNya jua kita pasti akan kembali.









5 comments:

  1. (وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ) [Surat Qaf : 16]

    Hanya ingin berkongsi :)

    ReplyDelete
  2. Makasih infonya..
    Insya Allah bermanfaat ^^

    ReplyDelete
  3. masyaallah...terima kasihhh...tergerak nak bukak laman niii...ada info yg boleh diamalkannn...alhamdullilllah

    ReplyDelete