Wednesday, May 22, 2013

Dia tanya saya.. :)

Bismillahirrahmanirrahiim.




Dia tanya saya.

Khaulah..susah tak? hijrah?

Tersenyum saya baca mesej tu. Allahu Allah..seorang lagi sahabatku yang Kau beri hidayah.
Rasa terharu :')

Hijrah. Hakikatnya memang susah. Sebab syurga Allah nak capai bukan mudah kan. Saya pernah rasai pahit maungnya. Dalam era modenisasi ni., dengan style pemakaian yang macam2. Bukan mudah nak tetapkan hati pakai pakaian cara seorang muslimah pakai. Ada masanya hati tergugat juga.

Tapi percayalah sayang, selagi kita ada niat dan usaha nak berhijrah..jadi yang lebih baik..insyaAllah Allah akan bantu. Allah akan hadirkan orang-orang soleh di sekeliling kita.
Untuk kita minta pandangan.
Untuk kita minta nasihat.
Ada sahaja jalan yang bakal Allah bentangkan buat kita.

Kita kagumla. Orang macam khaulah. Jeles tau. Dah start awal.

Terharu lagi.
Allah.

Bagi saya, dia jauh lebih special sebab Allah uji dia jauh lebih hebat dalam process dia nak berhijrah.

Allah mudahkan jalan saya. Allah tetapkan saya masuk sekolah agama alhamdulillah dan keluarga saya tak pernah menghalang untuk saya berubah sebaliknya sentiasa memberi sokongan. Dan saya ada umi dan ayah untuk saya bertanya soal agama.

Tapi dia lain.

Keluarga dia bukanlah macam keluarga saya. Bila dia nak berhijrah..pakai dengan pakaian yg menutup dengan sempurna..dia dimarahi. Tapi dia tetap dengan pendirian dia yang ingin berhijrah. Saya jauh lebih kagum dengan dia. Dia kuat. Hati dia kental. Untuk berubah tu merupakan satu effort besar bagi dirinya. Dan apabila dia berjaya, mesti rasa nikmah yang tak terkira.



Itulah dia hidayah Allah. Kalau Allah nak beri..Allah akan beri. Sebab tu kita tak boleh kutuk-kutuk mereka yang masih tercari-cari sinar Islam. Kita tak boleh mengata mereka yang belum berhijrah. Sebaliknya, doakan mereka. Sebab bila Allah nak beri dia hidayah..Allah akan beri. Dan barangkali.. dia akan menjadi jauh lebih baik dari kita.

Allah :')

Saya ada jugak cakap, kalau tak mampu lagi pakai tudung bidang, pakaila shawl. Shawl kan still labuh dan nampakla stylish cket. Takdela family rasa dia berpakaian kekampungan sangat.

Then dia cakap.

Kampungnya ape. lawa je. ayu. kita suka.

Pandangan yang diberikannya buat saya terdiam sekejap. Tak sangka. Macam tu ye pandangan dia terhadap orang yang pakai tudung labuh.

Nah sahabat2. Ni baru satu contoh jawapan :)
Islam tu indah. Dan orang yang trying to wear and act as how a good muslim will..insyaAllah.. indah dan tenang mata memandang. Maka kita kuatkanlah hati.

Buat mereka yang Allah dah beri hidayah menetapkn pendirian menutup aurat dengan sempurna, jangan rasa rendah diri. Tapi syukurilah :)

Ya. Syukurilah.
Dan Teruslah berdoa moga Allah terus menetapkan hati kita.
Sebab yang pegang hati kita siapa?
Tentunya Allah bukan. :)

Allah. Allah. Allah.

Kuatkan hati kami dalam menusuri jalanMu ini..hingga kami mampu sampai ke syurgaMu :)
Ameen.






4 comments:

  1. ni yg semalam khaulah cerita, kan :)

    kirimkn salam kita pd sahabat khaulah tu ye <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu husna najihah :)
      Banyak sgt kita boleh belajar daripada orang2 di sekeliling kita^^
      huhu.
      insyaAllah.. akan dismpaikn <3 :)

      Delete
  2. Khaulah...mmg btulkan. org yg berhijrah ini, kita boleh belajar bnyk dr dia sepnjag kita mmerhatikan proses prubhannya...mmg mnginsafkan...

    saya jumpa satu hadis ni...
    makna yg saya faham dr hadis itu..
    Hebatnya seseorg itu diwaktu gelapnya (jahilnya), begitu jugalah hebatnya diwaktu cahaya (dalam islam)....

    ReplyDelete