Friday, May 3, 2013

Debaran.

Bismillahirrahmanirrahiim.


Debaran.

It's tomorrow.

Sememangnya saya hanyalah seorang remaja yang ntah bawa erti apa kepada negara Malaysia ini. Tapi apa yang saya tahu, saya tetap warganegara Malaysia yang berhak untuk tahu mengenai politik Malaysia. Kerana ia berkaitan dengan kehidupan saya selepas ini. Siapa pemimpin negara pada masa akan datang. Kalau diberi mandat untuk umur saya ni mengundi.. sungguh saya mahu.



Pendapat saya.

Apalah gunanya diadakan pilihanraya andai tidak dilaksanakan dengan adil dan saksama. Penuh dengan penipuan. Penuh dengan penyelewengan. Penuh dengan rasuah. Penuh dengan janji2 yang ntah mampu atau tak untuk ditepati.

Hak mengundi adalah hak rakyat Malaysia sahaja. Bukannya warga asing yang diberi i/c secara percuma. (err.. terlalu straight to the point ka?)
maaf2.
Tapi betullah.

Negara Malaysia adalah sebuah negara Islam. Pada pandangan mata kasar..ye..aman dan makmur. Tapi aman kah sebuah negara itu apabila rasuah dan riba berlaku secara berleluasa. Adakah dikatakan aman apabila rakyat Islam bebas ke kelab2 malam..minum arak dan sebagainya.

Sebab itulah kita memerlukan pemimpin yang mengamalkan ajaran islam yang sebenar-benarnya. Yang hidupnya bermatlamatkan akhirat. Yang benar2 ikhlas mendampingi rakyat. Yang menggunakan mandatnya sebagai pemimpin dengan sebaik-baiknya. Bukan hanya sekadar memberi bantuan kewangan kepada rakyat di kala menjelangnya piihanraya. Tapi sepanjang pemerintahannya.

Seorang pemimpin itu tanggungjawabnya terlalu berat. Ini kan pemimpin di sekolah terasa beban untuk menjaga anak2 buah..apatah lagi pemimpin sebuah negara. Seandainya mereka tahu betapa beratnya amanah yang perlu mereka tanggung..saya kira..mereka tidak akan mahu menggalas amanah itu melainkan mereka yakin bahawa mereka mampu dan dapat memerintah dengan adil.

Namun, kadangkala hati manusia dikaburi dengan kenikmatan dunia semata-mata hingga terlupa satu hari kelak mereka akan disoal. Mereka akan disoal bagaimana mereka memimpin. Ke arah apakah yang mereka bawa rakyat mereka tuju. Kehidupan cara Islam yang sebenar atau kehidupan secara jahiliyah?
Semua itu akan disoal.



Sungguh.
Dunia kini tidak lagi wujud pemimpin seperti Rasulullah.
Namun, kita ada pilihan untuk pilih pemimpin yang mengikuti ajaran2 Rasulullah.
**kita=orang yang layak mengundi.
Orang yang tak layak mengundi..eheh.. teruskan berdoa.
Doa adalah untuk semua peringkat umur :) :)

Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.

Sekarang ni perasaan saya.
Sangatlah berdebar.
Tak percaya pilihanraya esok.

Debaran kian terasa.
Siapakah yang bakal memimpin negara Malaysia?

Ku harap beliau adalah insan yang takutkan Allah. Yang niatnya untuk menegakkan kebenaran.

Moga Allah redha :')














2 comments:

  1. moga esok,
    allah berikan yg terbaik
    utk kita
    utk malaysia
    utk ISLAM .

    Islam yg paling utama .

    tapi,
    kalaupun esok
    menang masih belum berpihak pd yg benar

    kita
    masih belum ada hak untuk berhenti
    dakwah tak boleh berhenti .

    yg pling penting bukanlah kemenangan tu(walau tk dinafikan mmg penting)
    tapi,
    di mana kita
    sewaktu kemenangan itu hadir .

    masih bersama islam
    atau tidak .

    moga kita,
    allah kuatkan utk berada di jalan ini .

    esok raya ;)
    ehh pilihanraya .

    #anak muda bangkit


    ReplyDelete