Wednesday, May 1, 2013

Kalau tak kenal maka tak cinta.

Bismillahirrahmanirrahiim.

Sebelum kita mula.
Senyum. :)
Senyum seperti yang diajar Rasulullah. Ia mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada diri dan insan sekeliling.

InsyaAllah.


Bila kita dah kenal seseorang,kita mudah untuk sayang dia. Betol tak? Kalau dia baikla kan. Kalau dia tu jahat memang takkan hadirlah rasa sayang tu. Kita akan sayang seseorang especially bila kita dah tau personality dia..kelebihan dia..kebaikan dia.. dan segala macam perkara lagi pasal si dia ni.Kita akan terus menerus mengkaji pasal identiti dirinya untuk membuat diri lebih sayang.


Tapi sayang, tak ramai yang mengakaji tentang Rasulullah untuk menambahkan cinta terhadap baginda.
Termasuklah diri saya.
Allah.


Kalau kita tengok sekarang..remaja khususnya. Lebih gemar mengfollow updates artis2 pujaan mereka. Tahu menahu saja latar belakang ahli kumpulan K-POP. Mana tak tahunya.. sentiasa up-to-date dengan sejarah hidup mereka dulu kini dan selamanya. Apa yang artis tu suka makan diorang tau..lahir kat mana..hobi.. semualah.

Sedih.

Kalaulah ramai daripada kita terus cuba mengenali Rasulullah.. rasanya lebih ramai daripada kita yang akan bertambah cinta kepada baginda. Sebab Rasulullah itu manusia paling sempurna atas muka bumi Allah ini. Tiada yang lebih sempurna.
 
Akhlak baginda..cara hidup baginda.. kelembutan baginda..kebijaksanaan baginda.. cukup sempurna.

Memang nak kata kalau kita betul2 kenal Rasullah..kita takkan mahu sayang manusia lain setinggi sayang kita kepada Rasulullah.
Allah.



Jadi kita sebagai seorang muslim.. apa peranan kita sekarang?

Try..try..and always try to know Rasulullah.

Sayangi sejarah kehidupan baginda.

Pelajari akhlak baginda.

Hayati kata2 dan pesanan baginda.

InsyaAllah. dengan usaha dan ikhtiar kita yang berterusan.. hati kita bakal tertaut kepada Rasulullah. Indah bukan. :)



And another way to increase our love towards our prophet..

Selawat.
Allahummasollia'ala Muhammad.. <3

Rasulullah pernah pesan kat kita..
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.."



Cintai Rasulullah jom ^^ kaji kehidupan baginda keseluruhannya.. sebab tak kenal maka tak cinta.






















2 comments:

  1. Allah Allah Allah :'(
    ya Rasulullah, kami ingin bertemu dengan dirimu :'(

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. moga Allah izinkan..

    Allahummaameen..

    ReplyDelete