Wednesday, May 1, 2013

Teringat.

Bismillahirrahmanirrahiim.

Post kali ni bukan dengan niat nak ungkit perkara yang dah lalu. Sekadar luahan dan imbasan sedikit sebanyak apa yang telah pun Allah izinkan aku lalui. Mungkin ada yang pernah lalui ujian dan dugaan yang jauh lebih hebat daripada aku. But this is my story. What I have been through. Dan moga kita sama-sama boleh ambil iktibar.

Sesungguhnya ujian Allah itu hadir kepada orang yang mampu. Ujian Allah itu hadir tanda rindu Allah kepada hambaNya. Agar kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya pada setiap ketika.

----------------------------------------------------------------------------------------

"Khaulah..khaulah kenapa ni? Kenapa menangis?"

Eheh. Teringat.
Saat itu, Allah hadirkan ujian buat aku. Ye, ujian yang bertubi-tubi sehingga buat aku tewas jua. Terasa lelah. Penat. Rasa nak give up. Tak mampu dah.Tangisan menjadi teman setia pada waktu dan ketika itu. Mungkin sebab diri merasakan bahawa hanya tangisan yang mampu menghilangkan segala kedukaan.

"Khaulah..ceritalah. Jangan simpan sorang2. Tak elok. Nanti lagi makan diri."

Tangannya menggenggam erat tanganku. Hati terasa terharu. Sebak. Memikirkan diri ini lemah. Lemah dalam menghadapi dugaan yang telah Allah berikan. Kadang-kadang mudah menuturkan 'aku kuat'..mudah mengukir senyum di bibir..namun hanya Allah yang tahu betapa lemahnya diri.


Bermula dengan bebanan jawatan. Jawatan yang tak pernah disangka-sangka. Yang kalau boleh diputar kembali masa, rasa nak baling jauh-jauh jawatan tu. Selalu persoalkan..kenapa jawatan tu Allah beri kat aku. Sememangnya aku tak layak. Sudahla diri tak mampu menjadi contoh tauladan yang baik. Belum lagi sentuh soal diri yang lemah. Mudah sahaja air mata menghujani hari-hari aku. Seorang pemimpin perlu kuat. Tak boleh tunjuk diri lemah di hadapan orang lain tapi sifat itu sangatlah berbeza sekali dengan aku. Rasanya.. satu aspuri pernah melihat mataku bercucuran dengan air mata. Kalau nak dikirakan, sepanjang memegang jawatan persoalan-persoalan itu seringkali timbul. " Aku tak layak". Tak pernahnya nak luntur.


Kemudian bebanan pertandingan debate yang sememangnya memerlukan pembahagian masa yang sebaiknya. Berlatih sehingga lewat malam. Kadang pukul 1 pagi baru pulang ke asrama. Memang terasa lelahnya. Masa prep diambil untuk training debate. Ntah bila msenye nak siapkan homework. Maka stay upla malam2 menyiapkan homework yang tak siap. Semua orang kelihatan dh dibuai mimpi tapi mata aku digagahkan jua. Belum lagi campur dengan stressnya bila dengar umpatan-umpatan sesetangah golongan..

"eh..budak debate ni sosial la"
"diorang semua tu mana jaga ikhtilat"
"bawak gadget ke sekolah guna utk bukak FB..bukannya untuk cari bahan pun"

Memang bertambah berat beban di bahu ketika itu. Ada yang berkata, jangan pedulikan apa yang orang lain kata. Tapi..hati mana yang tak terasa bila kena mcam tu. Hanya Allah yang Maha Mengerti.


Soal pelajaran pula. Pada masa dan ketika tengah banyak masalah..masa itu juga pelajaran makin merosot. Memang down yang amatlah. Sudahla SPM makin hampir. Bebanan tugas lagi. Runsing sangat. Bila nak belajar? Bila nak train debate? Bila nak rehat?

 Teringat kata-kata sahabat..
 "Rehat orang mukmin itu di syurga"

Tersenyum seketika. Tapi nanti kelemahan datang menyerang kembali. Masa diri betul-betul ada mood nak belajar, masa tu jugak ada meeting..masa tu jugak ada masalah yang perlu diselesaikan..masa tu jugak ada training debate. Memang semua masa tu jugak.

*Teringat*

Ye..teringat kesemuanya. Barangkali kehidupan aku sebagai seorang form 5 dipenuhi dengan air mata yang tak pernahnya nak berhenti. Sikit-sikit menangis. Lemahnya aku dalam menghadapi dugaan. Diri yang daripada form 1 duduk asrama, tak pernah homesick..tapi bila naik form 5..sikit2 nak balik. Sikit2 rindu rumah. Merasakan rumah tu benar2 syurga untuk melepaskan segala keserabutan yang melanda diri. 

Bila orang lain sedih. Mudah untuk aku memujuknya supaya bersabar. Mudah untuk aku katakan padanya bahawa Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya. Mudah untuk aku menyuruhnya senyum dan terus tabah. Tapi bila diri sendiri yang kena. Allah. Berat terasa.

Teringat sahabat2 yang sudi menenangkan hati setiap kali diri jatuh tersungkur.



Ada satu masa. Tengah berjalan kaki dari perkisas a.k.a perpustakaan KISAS menuju asrama. Baru lepas training. Dan masa tu air mata laju je menuruni pipi. Khadijah kat sebelah pegang tangan.
'Khaulah..kuat khaulah. You can do it!'
Ada Wawa sekali.
Tiba Diyana pulak datang sebelah. Sambil berjalan ni dia nyanyikan sebuah lagu. Betul2 tepi telinga aku. Still segar dalam ingatan lagu yang dia nyanyikan.
 
Rahmat Ujian-Mestica
 
Dalam derita ada bahgia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu.
 
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai tafsiran
 
Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya...

Diyana terus nyanyikan sampailah tiba dalam kawasan asrama. Memang betul-betul tersentuh. Lagi menangis bukan sebab lagi sedih tapi sebab terharu. Terharu punya sahabat2 yang menguatkan.


Belum lagi cerita pasal nota-nota dan surat cinta Asyihah untuk aku. Memang boleh buat koleksi. Tak putus-putus dia tulis kata-kata semangat untuk aku. Ingat lagi dia kata..

"Khaulah..kita tak pandai nak pujuk awak macam Diyana..hanya melalui surat je kite pandai pujuk"

Lagi lajula air mata mengalir. Memang sebak. Betapa dia tak suka lihat aku diulit kesulitan. Dia taknak tengok aku dalam kesedihan. Macam2 dia buat. Bagi hadiah. Dialah yang banyak ajar aku segala macam pelajaran yang aku ketinggalan.  Begitulah dinamakan sahabat. Sungguh. Hanya Allah yang mampu balas.

Kalau dalam bilik KP tu..ada masa aku duduk satu sudut. Menulis pada helaian buku..kononnya macam diari la. Meluahkan segala isi hati. Nanti ada2 saja KP yang datang menyapa. Azza..Syakirah..Sarah.. semua2lah.

"Khaulah janganla sedih.."

Itu yang acap kali aku dengar. Dan dalam tangisan aku akan senyum kepada mereka. Buat2 kuat2..

"khaulah oke jela."



Bila naik dorm pulak. Kalau ada sorang ahli dorm yang nampak mata aku merah..nanti semua kerumun.
"Khaulah kenapa.."
"Siapa buat khaulah ni.."
"Khaulah..ceritala kat kitorang"
Sungguh..diorang sangat2 faham situasi aku. Dan dalam tangisan aku akan cerita kat diorang. Tak sampai hati untuk tak cerita sebab diorang sangatlah caring. Sungguh.. Allah tu sangatlah baik. Dia bagi aku ahli dorm yang sangat faham aku. Ahli dorm tula yang selalu menghilangkan segala stress aku. Gelak ketawa dalam dorm tu memang mampu mengubat jiwa. Biarpun terletak di tingkat atas sekali..dengan lelahnya mendaki tangga setiap hari. Kadang tengah2 malam baru masuk bilik. Tapi bila tengok diorang bergelak ketawa. Hilang segala kepenatan. Hilang segala kesedihan.

Kamilah.Syahira.Fira.Nina.Dibah.Faeqah.Hazirah.Nazihah.Aiza.Hanna.Sofie.Wansya

Terima kasih.


Bila difikirkan kembali..memang..masa kita diuji..rasa diri lemah. Diri tak mampu. Tapi kita tak sedar..Allah hadirkan insan-insan di sekeliling untuk bantu kita hadapi sebarang dugaan dalam hidup ini. Itu apa yang aku belajar daripada pengalaman aku. Pengalaman aku di Bumi itu. Allah.


Teringat ketika sujudnya aku di karpet Musolla Al-muqarrabiin. Di situlah aku menangis semahu2nya sampai kering air mata. Sampai tak larat nak menangis dah. Menceritakan segala keperitan yang dilalui kepada Allah. Terus menerus berdoa moga diberi kekuatan. Sekarang aku sedar. Doa aku dimakbulkan. Allah bagi aku kekuatan hadapi semua tu. Kalau tak..masakan aku masih berdiri sehingga kini. Masakan semangat aku masih bersisa dalam diri untuk terus berjuang.

Alhamdulillah.


Sekadar coretan hati.
Moga bermanfaat.
Moga Allah redha.

:')
























6 comments:

  1. Bergenang air mata kte !! :') uhibbukifillah syg :)

    ReplyDelete
  2. Bergenang air mata kte !! :') uhibbukifillah syg :)

    ReplyDelete
  3. min ajlihi wa ahbabtani :)

    Thanx a lot dearest..
    Moga berjumpe di syurga kelak.
    Kita jdi jiran :')

    ameen..

    ReplyDelete
  4. Wahh khaulah,,,subhanallah,kalau la sume org berfikir mcm awk, mesti kita semua akan sentiasa tenang, ...,situasi awk prnh sy rasa jugak, duduk asrama semua bnde kena buat, banyak clash dgn aktiviti kita...skarang bru sedar, there s must be a reason for something,klau kita x diuji mcm ni, kita akan trus dlm zon selesa kan,,? Syukran! Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ukhti Nur Zaleha Hashimme :")
      Yup.
      Setiap ujian berserta hikmah.

      Afwan ^^ waalaikumussalam..

      Delete