Tuesday, June 10, 2014

Berharap.

Bismillahirrahmanirrahim.

Berharap.


Some people say..
It is wrong to hope for something that is unsure.

Tapi bagi saya tak :)

Haraplah untuk apa sekalipun yang kita mahu. Sebenarnya harapan itu satu titik mula untuk kita mulakan langkah. Walaupun apa yang kita harap itu jauh tinggi melangit dan macam mustahil untuk kita capai.

Kenapa?

Sebab manusia yang Allah kurniakan iman punya senjata..bukan pistol..bukan senapang..jauh lagi keris. Senjata ini adalah doa.

Ya. Doa :)

Setiap harapan harus kita sekitkan dalam doa kita.
Kita nak jadi jutawan ka.. nak berjaya dapat phD ka..nak kawin dengan si dia ni ka.. nak ape2 punlah.. doa.
Sebab doa satu bentuk luahan harapan kepada yang Maha Mendengar.

Tapi berharap perlu ada usaha.. tak boleh harap tanpa usaha.
Biasa kan kita dengar..
"Kita usaha..tapi hasilnya Allah yang tentukan".
sebab adakalanya.. hati kita mengharapkan sesuatu yang barangkali buruk bagi kita. Maka Allah beri kita sesuatu yang sememangnya kita perlukan dan baik bagi kita.
Allah tetap tunaikan harapan kita..cuma dalam bentuk yang kita tak jangka.

Baik kan Allah :)


Saya ada satu cerita. 
Pengalaman saya.
Dulu..saya berharap sangat..nak belajar oversea. Nak sangat belajar kat Jordan. Selalu saya berdoa..sandarkan harapan saya pada Dia. Berharap punya berharap..sekali.. impian saya terkubur. Saya tak dapat apa yang saya harapkan.

Pada awalnya..saya kecewa dan saya mula ragu-ragu.. kenapa Allah tak tunaikan harapan saya. Saya dah usaha..saya dah doa. Orang kata..kalau nakkan sesuatu.. doa banyak-banyak kat Allah.. dan saya dah buat dah. 

Tapi..kenapa tak dapat?

Rupa-rupanya..ada hikmah besar di sebalik semua itu. Saya sedar.. kemampuan saya untuk belajar bukan di luar negara. Kemampuan saya belajar di Malaysia buat sementara waktu ini.
dan bagi saya..harapan saya tidak tinggal harapan. Harapan saya tetap Allah tunaikan. Cuma dalam bentuk yang saya tidak jangka :)

He planned for me a better journey.

Actually..not just for me.. but for all of us. 
He plans a journey that suits us. 
Suits our capability.
Jangan berhenti berharap.
 Or in other words..
jangan berhenti berdoa.

Tau :)

Cumanya kita kena selalu ingat. Berharap + doa.. tapi hasilnya sentiasa berada dalam kekuasaan Allah. Jangan bersedih andai yang kita harap dan pohon.. Allah tak tunaikan. Sebab Allah kita.. Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Yakin ^^


Wallahua'lam.





2 comments: