Wednesday, June 11, 2014

Headshot.

Bismillahirrahmanirrahiim.


One wonderful day..

"Dik..nak dengar satu kisah tak?"

'Nak3.. (nada excited)'

*******

Kisah Nabi Musa ni berlaku waktu satu ketika, kemarau panjang berlaku. Kebiasaannya hujan tak turun sebab ada orang yang berbuat dosa. Jadi, penduduk kampung suruh Nabi berdoa kepada Allah.

Nabi pun doa dan bertanya kenapa tak hujan. Lalu Allah kata, ada orang di kawasan tu dah berbuat dosa selama 40 tahun dan tak bertaubat. 

Nabi pun kumpulkan semua orang. Nabi ceritakan apa yang Allah sampaikan. Dan hujan hanya akan turun kalau orang yang berdosa tu keluar daripada kampung tu.

Semua terdiam.

Tiba-tiba tak lama selepas tu hujan. Tapi takde sape yang keluar daripada kampung tu. Semua orang pelik. Apa yang berlaku?

Nabi pun tanya Allah lagi.
Allah kata, 
Waktu nabi buat announcement tu, ada seorang lelaki berasa sangat malu. Dia tahu yang dialah yang Allah maksudkan. Dan dia terus beristighfar dan mohon keampunan Allah dengan rasa rendah hati.

Terus diturunkan hujan tanda Allah maafkan dia.

Nabi Musa kata lagi,
Ya Allah, tunjukkan aku siapa orang tuu. Aku teringin nak tahu.

Lepas tu Allah kata,
40 tahun dia buat dosa, aku tak pernah tunjukkan aib dia. Takkan setelah dia bertaubat, aku nak bagitau manusia? Aku akan jaga dia dan rahsianya walaupun kau adalah nabi Aku.

Tamat






*****

Headshot. 
T.T


Nampak tak. Betapa Allah menutup aib semua hamba-hambaNya. Andai Allah tak tutup aib kita..entah bagaimana mahu kita berjalan atas muka bumi ni. Dosa kita bertimbun..tapi Allah rahsiakan.
Allah tahu..kita akan malu kalau semua orang tahu.

Allah cuma mintak satu.
Kembali pada Dia. Bertaubat atas segala dosa.

Allah sangat cinta pada hambaNya.
Tapi kita yang leka. 
Kita yang alpa.
Hanyut dengan indahnya dunia.

Kembalilah.
Ayuh kembali menjadi hambaNya.
Moga Allah ampuni.






Wallahua'lam..





6 comments:

  1. Perkongsian yang menarik. Memang tepat Headshot!!! Ouch!! -Najwan

    ReplyDelete
  2. Moga headshot berkali-kali tak mampu membuatkan diri kebal. Jazakillah Khaulahh ;)
    Rinduu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan cik imia.. tulaa. rindu jugak T-T dan rindu juga bc tulisan anda. eheh.

      Delete