Monday, March 25, 2013

Capai Langit ^^

Bismillahirrahmanirrahiim..

Allahummasolli'ala Muhammad :)
Macam biasa.. jom terapi hati kita sekejap..
ingat Allah..
ingat perjuangan Rasulullah..
Ya Allah..moga kami diberi kekuatan untuk menyampaikan agamaMu ^^ ameen.

Langit.. langit tu kat mana?
eheh. soalan ape ni..
heee. erm oke. keluar rumah pandang atas...haaaa..yang kebiru2an..ada awan2 yg indah mata memandang..tulah langit (:
Sungguh indah ciptaan Allah kan.. andai kita pandang dgn mata sahaja..kita tak rasa apa2.. tapi..bila kita pandang dgn mata hati..sungguh,kita akan rasai kehebatan Sang Khaliq kita..Allah :)
Kalau kita tgklah langit tu..rasa tinggi sgt kan..
 jauhnya tangan ni nak mencapai..^^




Okey..
Bila saya beri tajuk post hari ni Capai Langit..
Tadela saya nak menyeru smua orang capai langit betul2.
 Sebaliknya..apa yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah 
"capai cita2 biar setinggi langit!"
Haaa..itu dia yang saya maksudkan. Capai langit tu just majaz je.
Maksudnye.. biar cita2 yang kita nak capai tu setinggi langit.
Kenapa saya cakap mcm ni?
Sebab..kita orang ISLAM.. dan..orang ISLAM perlulah HEBAT dari segenap aspek.
Bagi saya..
Apa2 yang kita lakukan dengan niat nak membantu ummah.. nak bawa kembali nama ISLAM.. insyaAllah akan menjadi sesuatu yang kehebatannya setinggi langit :)
Kenapa saya cakap macam ni?
Kerana Islam itu tinggi..dan tiada yang lebih tinggi daripadanya^^



Bila kita tanam cita2 dalam diri kita... apa yang kita berazam dalam hati?
Pernah tak kita tanya pada diri..
knp aku nak jadi doktor?
knp aku nak jdi engineer?
knp aku nak jdi architect?
knp aku nak jdi lawyer?
knp aku nak jdi cikgu?
knp aku nak jadi perdana menteri?
kenapa aku nak jadi buisnessman?
knp aku nak jdi..... dan sebagainyalah jenis pekerjaan yang ada kat dunia ni..
Then..slps kita tanya diri.. apa yang bakal menjadi jawapan kita?
Adakah kerana ingin mendapatkan gaji yang lumayan semata2?
atau kerana ingin membina ummah dan berbakti kepada Islam?
*jom kita refleksi niat kita. :)

Actually.. dalam post nih..saya nak ajak kita sama2 bayangkan..
okeh..smua pejam mata.
eh silap! kalau pejam mata cne nak baca butiran2 saya sterusnya..
hehe.
em.oke. cukup sekadar cuba kita semua bayangkan.
Bayangkan sama2 ea.
(in the future ni..starting generasi kita dh start bekerja)

__________________________________________________________________________________________

Seorang doktor di sebuah hospital.
Kita sebagai pesakit.
Jejakkan kaki sahaja ke dalam hospital.. terdengar alunan zikir dipasang di setiap sudut hospital.
Cukup untuk menghadirkan kedamaian dalam hati.
Para doktor dalam hospital memberikan senyuman seperti yang diajar Rasulullah.
Masuk sahaja ke dalam bilik rawatan..
Doktor mula memeriksa kita dgn lafaz bismillah.
Memberikan nasihat dan saranan dgn lemah lembut.
Ubat-ubatan yang diberikan pula cukup terjamin dari segi kesucian dan kehalalannya.
Indah bukan :)
 
suasana lain pula..
 
Seorang Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran negara.
Menguruskan segala urusan negara dengan amanah dan jujur.
Sentiasa cuba memastikan rakyatnya mengamalkan ajaran dalam Islam.
Membanteras rasuah.
Membantu yang fakir miskin dengan niat yang tulus dan ikhlas.
Turun padang meninjau rakyat dengan rasa rendah hati.
Menjaga rakyat dgn sebaiknya kerana sedar dia adlh ketua ngr.
kerana sedar..dia memegang amanah yang berat.
Indah bukan :)
 
suasana lain pula..
 
Seorang Pensyarah di sebuah universiti.
Mengajar pelajar2nya dgn rela hati dan bersungguh.
Semata-mata kerana ingin menyampaikan ilmu.
Setiap butir katanya umpama mutiara2 yang berharga.
Mengaitkan setiap pelajaran dgn kehebatan dan kekuasaan Allah.
Menerapkn nilai2 murni dalam hati dan jiwa pelajarnya.
Tidak sedikit pun terasa beban.
Indah bukan :)
 
suasana lain pula..
 
Seorang pengurus hotel di sebuah hotel yang ternama di ibu kota.
Memastikan hiasan dan reka bentuk hotel berteraskan ciri2 islamik.
Bukan dendangan lagu2 dangdut yang didengari di ruangan lobi hotel..sebaliknya ayat2 zikrullah yang mententeramkan jiwa.
Para pekerja hotel lengkap berpakaian yang menutup aurat.
Tiada make up tebal..tiada baju ketat2
Serba serbi mengikuti ajaran islam yang sebenar.
Indah bukan :)
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suasana2 di atas..semuanya indah bukan :)
Itulah pentingnya generasi kita.
Bermula daripada sekarang..menanam cita2 yang tinggi melangit.
Sebagai seorang Islam..kita harus menjadi yang teratas..yang terhebat..
agar dunia melihat ISLAM sebagai agama yang maju dan bukanlah kuno seperti apa yang diperkatakan kini..
Tanamlah cita2 yang akan membawa manfaat kepada Islam.
Agar biah/suasana di atas mampu dibina.
Tiada yang mustahil.
Kehidupan di dunia akan menjadi bahagia..apatah lagi di akhirat sana... :)

Segalanya mungkin dengan kesedaran dalam diri kita.
Bahawa ilmu itu penting..cita2 yang tinggi itu penting..  
Semua demi Islam..
Islam bukan hanya di masjid dan di surau..
Islam bukan hanya ada pada para ustaz dan ustazah..
Islam itu boleh bertakhta di jiwa mana2 insan..
Islam itu boleh ada pada, 
seorang doktor..
seorang jurutera..
seorang scientist..
seorang kapten..
bahkan seorang pengurus hotel.

Ayuhlah.. kita kembalikan kegemilangan Islam..
Kita tak mampu sendirian melakukannya..
kerana islam hanya kuat dalam keadaan yang berjemaah :) :)

Ayuhlah.. mencapai cita2 yang melangit
 sebuah cita2 yang bermatlamatkan Islam..
Allahu.. moga kita sama2 diberi kekutan ^^












3 comments:

  1. Nice post :) Aku pun mengharapkan perkara macam tu akan terjadi dalam dunia yang serba moden sekarang ni..;D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..segala puji bg Allah..

    Ameen..insyaAllah..sm2 kita doakan :-)

    ReplyDelete