Saturday, March 23, 2013

Mereka berdua..

Bismillahirrahmanirrahiim..

Allahummasolli'ala Muhammad..

erm2.. tengok jap sama2 tajuk kata ats tu (:
Haaa.. Mereka berdua
Siapa yang saya nak mksdkn ni?
insyaAllah..yg sy maksudkan 'mereka berdua' di sini adalah..
Ibu dan bapa..



Sungguh.
Hakikatnya..hati ni terasa berat nak tulis berkisarkan soal ibu bapa niyh.
Namun, demi menyempurnakan harapan seorang shbt yang minta saya tulis post ni.
insyaAllah. saya gagahi jua (:
insyaAllah kerana Allah.
dan insyaAllah moga memberi manfaat utk kita bersama.

Bukan apa.
Saya sedar..saya bukanlah seorang anak yang sempurna ketaatan kpd ibubapa.
Saya pernah melawan cakap mereka.
Saya pernah marah mereka.
Saya pernah mengendahkan seru mereka.
Terlalu banyak perkara yang saya pernah dan terus2an lakukan.
Saya tahu ia salah.
Saya tahu ia dosa.
Tapi..
Ya Allah..
Betapa kadangkala hati tewas jua dgn bisikan syaitan.
Astaghfirullah.

Kadang saya terfikir.
Ibu bapa hanyalah pinjaman dari Allah buat diri saya.
Andai Allah tarik nyawa mereka suatu hari nanti..
adakah saya akan kecewa kerana tidak cukup berbakti kepada mereka?
adakah saya akan menyesal terhadap segala dosa yang telah saya lakukan terhadap mereka?
Apa pun pada ketika itu.
Segalanya sudah terlambat.
Masa tak dpt diundur.

Ibu kita hanya seorang di dunia ini.
Ayah kita juga hanya seorang di dunia ini.
Semuanya pinjaman oleh Allah buat diri kita.
Merekalah yang menjaga kita..mengasuh kita..mendidik kita.. mebelai kita..
Segala2nya mereka sanggup korbankan demi anak yang mereka sayangi.
Andai difikirkan dan direnungkan kembali.. sungguh..tak terbilang jasa mereka.



Saya nak menyeru..buat diri saya..diri awak..awak..dan awak!
Jom.. jom usaha jadi anak yang soleh/solehah.
Jom taati mereka.
Jom bantu mereka.
Jom gembirakan mereka.
selagi mana masih berpeluang....
Usaha itu yang penting..
Saya tahu..kadang terasa berat..terasa tak mampu.
Yelah..
bile dh kena marah dgn mak..siapa tak sakit hati.
bila ayah suruh buat macam2.. rasa malas sgt nak buat.
tapi...apa hak kita untuk rasa semua tu... sedangkan..hadirnya kita ke dunia ini adalah kerana ibu dan ayah.
tanpa mereka..kita takde tau!
Fikir dalam2..

Bukan apa.. saya tak nak..awak ke..saya ke.. na'uzubillah la kan.. jadi antara anak2 derhaka..
kalau tgk skrg kat surat khabar..takut sgt..
'anak menyepak ibu'
'anak membunuh ayah'
semua sebab mengikut nafsu amarah..
last2..menyesal tak sudah.
Ya Allah ! minta dijauhkan..

Hurm.
Ape2 pun.. everyday.. setiap kali lps solat... jangan pernah lupa doakan untuk kedua ibubapa kita..(kalau betul2 syg dioranglah)


Haa..ats tulah doa khusus untuk ibu bapa.. rasanya semua dah tau.
Indah kan maknanya ^^
Nak crite sikit ni..
dulu kan.. saya ni takdelah istiqamah sgt amalkn doa ni untill one day..
saya tak ingat dah bile..tapi apa yang stil melekat dlm kotak ingatan saya ni.,
masa tu dalam kelas.. ustazah ke ustaz ntah..ada keluarkan satu statement ni..sampai sekarang saya ingat..
"kalau sekali tinggalkn doa untuk ibubapa setiap kali lps solat..awak dikira anak derhaka"
hoho.
Takut sangat saya masa tu. sejak tu mang doa nilah saya cuba istiqamah amalkan.
Kata2 ustz tu..saya tak tahula sahih ke tak bersama dalilnye..
tapi bagi saya..anggaplah ia sahih andai ia mampu buat kita istiqamah doakan ibubapa kita :)

Umi..ayah..khaulah sayang umi dan ayah! <3
(moga sentiasa diberi kekuatan nak lafazkan betul2..bukan sekadar di hati tapi melalui perbuatan)

wallahua'lam.. (:







No comments:

Post a Comment