Sunday, April 14, 2013

Hari itu pasti tiba.

Bismillahirrahmanirrahiim :)
Salam mahabbah semua.
Moga kita sentiasa berada dlm keadaan yg sihat2 hendaknya ^_^
paling penting....ma'a redhallah :)


Awak..awak..awak.. sebelum saya start..
Dengarla lagu kat bawah ni..


Pernah tak kita wonder bila kelak malaikat maut akan tarik nyawa kita?
Bagaimana pula keadaan kita ketika itu?
Adakah dalam keadaan yang beriman atau sebaliknya?
If we always think about it..that's good..
Why?
Because to me.. thinking about death is some sort of catalyst to always do what Allah wants us to do.

Allah perintahkan kita solat..kita akan solat..bimbang tibe2 nyawa kita akan ditarik di saat kita tak mngerjakan lagi kewajipan kita.
Allah perintahkan kita tutup aurat..kita akan tutup aurat..bimbang tibe2 nyawa kita ditarik saat aurat kita terdedah..

Allahu.
Kalaulah setiap masa manusia mengingati mati..pasti takde pun maksiat yang berlaku di sekeliling kita kan.
Sebab masing2 takut.
Masing2 berusaha untuk mendapatkan husnul khatimah iaitu..mati dalam keadaan yang baik dan beriman.

"Rancanglah bagaimana mati kita"
                                    -Dr. Muhaya-

Kalau kita tengok sekarang..manusia semua sibuk membina kerjaya..mengumpul harta..
Semua orang nak kereta besar.. rumah besar.
Macam2 yang dirancang bermula daripada umur2 saya nilah (lepasan SPM)..
Semua berusaha menceburi bidang2 yang boleh menjamin pekerjaan yang bergaji besar suatu hari nanti.
Saya pun begitu. saya tak nafikan.
Tapi..biarlah dalam kita merancang tu kita set dalam minda kita.
Life is not forever..
Supaya kita sentiasa menitikberatkan soal agama dalam kita mencari kejayaan di dunia ini.

The future is something yang tak pasti.
Kita sibuk merancang future kita dengan pelbagai perancangan.
Boleh..Tak salah.
But... jangan sampai terlupa merancang something yang sememangnya pasti.
Apa benda yang sememanganya pasti tu?
ia adalah MATI kita.

Kita semua akan mati dan ia sememanganya akan terjadi.
Hari itu pasti tiba.
Cuma masa dan keadaan kita masa tu je kita tak tahu.
If benda yang tak pasti pun kita boleh merancang..why not kita rancang bnda yang pasti sekali iaitu mati kita.

Apa maksudnya dengan merancang mati kita?
It means..
we try our best to be His slave..banyakkan beribadah.
Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya.
Sebab mati kita bila2 saja.
It's Allah's secret. We only know when the time comes.
Moga2 dengan cara itu..mati kita dalam keadaan yang beriman. Dalam keadaan yang kita sedang menjalankan perintahNya.
Bukannya dalam keadaan diri yang sedang bergelumang dengan maksiat dan dosa. Na'uzubillah.

Saya ada suatu cerita. Moga bermanfaat.

Ada sorang prempuan ni.. dia dok di sebuah apartment dekat tingkat 4. Suatu masa ni..dia tak keluar pun daripada rumah dia. Penduduk kat situ semua pelik. Yelah, sampai 2 minggu tak keluar rumah. takkanla dia tak keluar langsung..pergi pasar ke ape. try ketuk pintu..takde orang bukak. Finally, penduduk kat situ buat keputusan utk pecahkan pintu rumah perempuan tu. Bila diorang masuk tengok perempuan tu tengah dok atas kerusi..pakai telekung dan memegang Alquran. Rupa2nya perempuan tu dah meninggal. Even dh 2 minggu..takde bau busuk pun. Allah.

Kita?
Mati kita bagaimana?
Moga dalam husnul khatimah hendaknya..
Allahumma Ameen.. :')














No comments:

Post a Comment