Tuesday, April 16, 2013

Terbanglah duhai helang !

Bismillahirrahmanirrahiim

Ya Allah.. sesungguhnya kami hamba2 yang lemah..bantulah kami dalam perjuangan ini.
Kami tiada daya melainkan dengan izinMu jua..
Apa yang kami lalui di dunia ini sentiasa berada dalam perancanganMu..dahulu..kini..dan selama2nya..
Moga kami terus kuat.
Moga kami terus tabah.
Moga kebaikan terus mengiringi kami.
 
Allahumma ameen.

 
 

It is nearly the start..
For u and me to keep on moving.
To keep on reaching for a better future.

Kita bakal melangkah ke sebuah alam yang baru.
Barangkali tempatnya menyenangkan atau mungkin sebaliknya.
Teruslah kuat dan tetaplah dengan pendirian kita.
Jadikan doa sebagai penguat kita.
Kerana doa itu senjata mukmin :)



Andai dahulu kita pernah belajar erti ikhtilat..maka aplikasikanlah.
Andai dahulu kita pernah belajar erti ukhuwwah..maka tautkanlah.
Andai dahulu kita pernah belajar erti tarbiyyah..maka kekalkanlah.
Kerana kita insan terpilih.

Alam yang bakal kita tempuh..pastinya terdapat dugaannya yang tersendiri..
Jangan kita tewas..jangan kita lemah
 Tempuhi ia dengan keimanan dan akal fikiran kurniaan Allah kepada kita.
Allah berikan kesukaran..pastinya beserta dengan kemudahan.
Andai kita jatuh..bangkitlah.
Sesungguhnya..kita tak pernah sendirian.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan.
(Al-Insyirah 94:5-6)

Yakinlah.

Kita ini hamba.
Hamba kepada Tuhan kita yakni Allah.
Maka teruslah kita menjadi hambaNya..
Walau ke mana pun kita pergi kelak.. status kita tetap sama..seorang hamba.
Dan hakikat hamba itu tidak dapat lari daripada tuannya.

Selagi mana sifat kehambaan itu ada dalam diri...
Pergilah ke negara mana pun..
Pergilah ke kutub mana pun..
Baik utara..selatan..timur.. mahupun barat.
InsyaAllah.. pastinya kita tidak akan tersasar dari landasan yang sebenarnya.

Terbanglah duhai helang!

Mengisi dada dengan ilmu..
dan jadilah setiap daripada kita orang2 yang berilmu.
Ilmu dalam diri jangan dibanggakan.
Kerana hakikatnya..semua milik Allah.
Gunakanlah ia untuk membantu ummah.
Gunakan ia untuk mendidik generasi.

Sabar dan teruskanlah menelaah ilmu yang terlalu luas serta jangan sesekali mendabik dada merasakan kebenaran itu pasti di sisi kita.
 
-Syeikh Al-Qardhawi-
 
 
Terbanglah duhai helang!
 
Dengan niat yang suci dan murni.
Bukanlah untuk kekayaan dunia semata2.
Bukanlah untuk dilihat orang kita hebat.
Tetapi dengan niat lillahita'ala...
Untuk mendapatkan tempat di mata Allah.
Kerana apalah sangat erti sebuah perjuangan andai diusahakan dengan bermatlamatkan dunia semata-mata.
 
Terbanglah duhai helang!
 
Bukan semestinya di luar negara.
Meneruskan perjuangan di dalam negara juga bisa menjadikan kita helang.
Helang yang membawa kebaikan untuk islam.
Helang yang sentiasa menjadi contoh kepada orang lain.
Biar orang lihat.. Allah..indahnya Islam.
 
Jadikan keimanan perisai kita.
Jadikan doa senjata kita.
Bacalah Al-quran sekerap yang mampu..kerana di situ kita mampu peroleh ketenangan.
 
:)
Saya yakin..bahawa kita semua mampu menjadi helang yang hebat suatu hari nanti...
^_^
Biznillah wa redhallah :)

 
 
 















No comments:

Post a Comment