Tuesday, April 2, 2013

Kata2nya..sentap!

Bismillahirrahmanirrahiim...

Allahumma solli 'ala Muhammad.
Ya Allah. Moga Engkau redha :)

InsyaAllah..sedikit perkongsian..
Kata2 daripada Imam Syafie..buat hati ini tersentap.
Allahu.


Kita perhatikan satu persatu yang dipertuturkan ulama' ini.
Tepuk dada..tanya iman..
What is it that we feel in our hearts?
Moga2..hati mampu insaf.

Yang singkat itu adalah waktu

Betul kan?
Masa ni..pantas je berlalu..
Suatu ketika dahulu..kita pernah menjadi kecil..kanak2..tgk skrg.. dh besar panjang..dh boleh membaca..dh boleh mengira..dh boleh berfikir..
Pejam celik..pejam celik.. eh.. banyak sungguh pengalaman yang dh pun kita lalui dalam hidup...
Time really does fly..kan?
Tapi..kita..manusia... selalu bazirkan masa yang cukup singkat kat dunia ni..melakukan perkara yang tak berfaedah.. asyik dgn keseronokan dunia.
Allah.

Yang menipu itu adalah dunia

Betul kan?
Sebab dunia ini hanya persinggahan yang sementara cuma.
Macam satu stop sebelum kita meneruskan perjalanan kita munuju akhirat yang kekal abadi...
Kenapa dunia menipu?
Sebab yang kita lalui kat dunia ni tak kekal.. kekayaan..kebahagiaan.. kesedihan.. kesusahan.. kesemuanya tak kekal.. yang hanya kekal dan tak pernah menipu hanya alam akhirat..
alam di mana tiada nokhtah bagi kegembiraan bagi mereka yang ditempatkan di syurga..
alam di mana tiada nokhtah bagi kesengsaraan bagi mereka yang ditempatkan di neraka..
na'uzubillah..
Allah.

Yang dekat itu adalah kematian

Betul kan?
Semakin hari..hakikatnya..kita makin menghampiri kematian.
Nak atau tak nak.. kita tetap akan melaluinya.
Kerana..

Allah dah berfirman dalam Al-Quran melalui ayat di atas.
Sesungguhnya..kita ni.. tak kiralah..tua ke..muda ke.. semua akan rasai kematian.. just masa je kita tak tahu.
Tapi yang pastinya..mati itu sangat menghampiri kita..
Hmmph. Debar kan?
Sebab kita tahu.. kita belum bersedia nak bertemu Pencipta kita..dengan dosa yang menggunung tinggi.. layakkah kita mendapatkan husnul khatimah? layakkah kita tergolong dari kalangan orang2 yang soleh?
Wallahua'lam. :"(
Allah.

Yang besar itu adalah hawa nafsu

Betul kan?
Nafsu..seringkali membuat manusia tewas dari landasan yang sebenarnya.
Susah kan nak kawal nafsu..
Segala macam jenis nafsu ada dalam diri kita..
Besarnya hawa nafsu ini sehinggakan ada segelintir manusia yang menjadikan nafsu itu sebagai raja dan tuhan mereka.
Tanya diri.. adakah aku tergolong dari kalangan manusia seperti ini?
Melakukan sesuatu perbuatan dengan mengikut segala kehendak nafsu tanpa menggunakan akal fikiran yang Allah telah kurniakan.

Hayati ayat di bawah:













Allah.

Yang berat itu adalah amanah

Betul kan?
Lahirnya kita ke dunia ini dengan memegang amanah.
Amanah sebagai seorang hamba Allah.
Amanah sebagai khalifah Allah.
Amanah sebagai daie Allah.

Kita memegang seribu satu amanah yang lain.
Amanah sebagai seorang anak..pelajar..sahabat.. dan banyak lagi.
Dan kadangkala..terasa bebanannya  begitu berat.. rasa tak mampu..
Feeling as if we are a failure.
Memang..memang amanah sesuatu yang berat..
Tapi seberat2 amanah.. selagi mana kita letakkan pergantungan kepada Allah..insyaAllah.. pastinya kita mampu.
Usaha memegang dan melaksanakan amanah dgn baik yang penting.
kerana Allah melihat pada usaha kita.. walau hanya sebesar zarah.
Allah.

Yang sulit itu adalah ikhlas

Betul kan?
Ikhlas..
Mudah kita nak tuturkan.. "saya ikhlas" (sambil tersenyum)
Tapi..sejauh mana..

Bila kita solat..benar2 niat ikhlas semata2 kerana Allah ke..sudah pasti ke kita takde sikit pun rasa riya' kerana kita telah banyak beribadah..?

Bila kita sedekah.. benar2 ikhlas ke kerana Allah ke.. atau mengharapkan pujian daripada orang ramai walau skdr dalam hati?

Bila kita post bnda2 islamik di FB..benar2 ikhlas ke..atau kerana ingin mendapatkan like?

Sulit bukan.. memang.. sangat sulit. sangat susah.
Ikhlas ni sesuatu antara kita dengan Allah.
Jangan berhenti berusaha untuk ikhlas. Ia adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Saya cuba untuk ikhlas..awak cuba ikhlas..insyaAllah. sama2 usaha :)
Moga Allah terima.
Allah.

Yang mudah itu adalah berbuat dosa

Betul kan?
Kita manusia ni..tak lari daripada buat dosa..
Everyday..everytime..every second.. kadang dalam keadaan kita tak sedar pun.
Memang mudah je kita mendekati dan melakukan dosa.
Sebab syaitan..dia tak pernah berhenti menghasut kita.
kerana itu janji dia pada Allah..
Dia akan terus menerus menghasut umat manusia utk sm2 jadi 'geng' dia di akhirat kelak.
Mudah untuk berbuat dosa..tapi mudah juga untuk buat pahala.
Senyum..dapat pahala.
Tolong umi..dpt pahala.
ikut sunnah..dpt pahala.
Allah Maha Adil kan :)
Dua2 mudah utk kita lakukan..so.. we choose..^^
Allah.

Yang susah itu adalah sabar

Betul kan?

Saat kita dilanda kekecewaan..kesedihan.. susahnye nak sabar..
Kadang rasa diri tak mampu nak laluinya..
Sehingga ada segelintir daripada kita hilang pergantungannya kepada Allah kerana gagal menanam sifat sabar dalam diri.

Saat diri disakiti. Sahabat sendiri sakitkan hati kita..tikam belakang kita.. susah kan masa tu nak sabar. Rasa nak lempang je. Kadang sampai kita soal Allah..kenapala org mcam dia ni hidup kat dunia ni. Kita doakan yang bukan2..sebab? sebab susahnya diri kita nak bersabar dan kawal emosi.

Saat hati tertaut pada seseorang. Haa. macam peringkat umur saya ni. Saling jatuh cinta antara satu sama lain. Susahnya nak bersabar. Susahnya nak tunggu masing2 dah jadi halal untuk satu sama lain. Tulah akhirnya ada yang tewas. Muncullah kes anak luar nikah dan sebagainya. sedih.

Ye..sabar itu susah. Tapi..andai kita berjaya mengaplikasikannya dalam kehidupan. InsyaAllah..bahagia di dunia dan juga di akhirat sana.
Kita perlu kepada mujahadah. Minta kepada Allah..moga hati sentiasa bersabar.
Sungguh... Allah sediakan ganjaran yang kita sendiri tak terbayang bagi orang2 yang bersabar.
Allah.
Yang sering lupa itu adalah syukur

Betul kan?
Betapa banyaknye nikmat yang Allah kurniakan buat kita semua.. tapi.. manusia sering lupa untuk bersyukur.
'eh..siapa kata saya tak bersyukurla.. saya bersyukurla..Alhamdulillah :)'
Heh. Statement yang selalu saya dengar.
Alhamdulillah..bagus andai kita bersyukur.
Tapi..diingatkan.. buat diri saya juga.. syukur bukanlah hanya pada kata2..tetapi juga perbuatan.

Kita bersyukur Allah kurniakan kita mata dan penglihatan tetapi apa bukti kita bersyukur?
Adakah kita menggunakan mata kita untuk melihat hanya pada perkara2 yang baik?

Kita kata kita bersyukur dengan anggota badan yang Allah kurniakan buat kita.. tetapi.. adakah kita mengelakkan anggota tubuh kita daripada melakukan kemaksiatan?

Kita mudah menuturkan..saya bersyukur masih punya ibubapa.. tapi.. adakah kita sebagai anak menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah atas kurniaan itu dengan berusaha bersungguh2 menjadi anak2 yang soleh?

Sungguh..soalan2 ini..saya tujukan khusus buat diri saya.. rasa diri ditampar2.
Tapi..inilah hakikatnya..
Kita..manusia.. seringkali lupa bersyukur dengan syukur yang sebenar2nya kepada Allah..
Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Merenung kembali kata2 Imam Syafie ini..buat diri saya tersentap. Saya berfikir. Saya bermuhasabah. Banyaknye kekurangan dalam diri. Banyaknye dosa yang telah pun dilakukan . Banyaknya sifat mazmumah yang dah bersarang dalam diri. Banyaknye amalan jahiliyah yang menjadi amalan dalam hidup.

Allah. Allah. Allah.

Masih berpeluangkah kita menjadi hamba yang bertaqwa?
Masih berpeluangkah kita menggapai redhaNya?

Jawapan saya.

Masih..
Selagi mana masih Allah pinjamkan masa.
Selagi mana nyawa masih dikandung badan.
Selagi mana matahari masih lagi terbit drpd sebelah timur.
Selagi itu ada peluang.

:) insyaAllah...

2 comments: