Monday, April 22, 2013

PRU13

Bismillahirrahmanirrahiim.

Allahummasolli 'ala muhammad.
May Allah bless us all.



PRU13.
Ahhah..benda paling kecoh dan terkini buat masa sekarang.
(kat Malaysia la).
Kalau kita keluar rumah.. tengok kat jalan2.. penuh ngan bendera.
Parti itu dan parti ini.

Dulu.. saya tak mengerti..
Blurr je pasal pilihanraya.
Tapi sekarang saya lebih faham.
Pilihanraya = satu medan untuk menentukan sebuah perubahan.


Saya tahu.. saya masih 'bawah umur' untuk bercakap soal ini.
Tapi.. apa yang saya tahu..Allah kurniakan saya akal untuk berfikir.
Awak juga.
Maka kita berhak untuk berfikir tentang masa depan negara.
Siapa pemimpin kita di kemudian hari.
Pemimpin yang bagaimanakah yang kita mahu?


Pilihanraya bukanlah semata2 soal parti.
Tidak..tidak sama sekali.
Tapi ia soal agama kita.
Mahukah kita tinggal di sebuah negara yang hakikatnya negara islam..tapi tak seperti yang sepatutnya.
Penuh dengan korupsi.
Penuh dengan fitnah.
Penuh dengan rasuah.
Apa yang kita mampu lakukan untuk menghalang?
Tiada apa2..kerana kita tiada kuasa..kerana mereka pemimpin.

Pilihanraya bukanlah sekadar pengundian.
Tetapi ia juga melibatkan akhirat kita.
Kerana suatu hari nanti..Allah akan soal.
Allah akan soal, pemimpin yang bagaimana kita pilih.
Adakah pemimpin yang menitik beratkan soal agama atau sebaliknya?

Kalau kita belum boleh mengundi..tidak mengapa.
Cukuplah dengan doa kita.
Ya..doa.
Doa agar Allah berikan kemenangan kepada mereka yang sepatutnya.
Moga kemenangan milik mereka yang sayangkan Islam..takut berbuat dosa..dan mampu memimpin dengan adil dan saksama.

Sejujurnya..saya sayangkan Islam.
Saya sayangkan Malaysia.
Saya ingin tinggal di bawah pimpinan mereka yang jujur..bukan mereka yang suka menabur fitnah.
Saya tak tahula bagi anda semua.
Tapi itulah apa yang saya rasa.

Wallahua'lam.















3 comments: