Sunday, May 26, 2013

A new journey begins.

Bismillahirrahmanirrahiim.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

Dah akhir bulan 5. Makin ramai kawan2 seumur saya yang dah pun menapak ke fasa kehidupan yang baru..meninggalkan zaman sekolah yang begitu banyak merakamkan kenangan demi kenangan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Khaulah..khaulah masuk mana nanti?
Sambung belajar mana?

Dan saya dengan yakinnya. 

InsyaAllah UIAM. Doakan ye.


Tapi tak sangka. Rupa-rupanya Allah aturkan perkara lain untuk saya. 

Pada awalnya, hati dah tenang.. Alhamdulillah. Walaupun tak dapat ke Jordan, jadilah UIA pun. Sekurang-kurangnya biah solehah tu wujud di sana. InsyaAllah.. suasana di UIA tu mampu menguatkan iman di hati. Hati sangat gembira..apatah lagi..ramai sahabat2 seperjuangan daripada Taayah dan KISAS bakal meneruskan perjuangan mereka juga di sana.

 Satu pagi Khamis. Tiba-tiba umi ngan ayah menyuarakan pendapat mereka.

khaulah..rasanya lebih baik kamu terimala tawaran MARA ni.. umiayah dah call pihak MARA.. belajar nnti subjek2 sains dan dia adalah pre-U USM...............

dan selanjutnya rasa macam dah tak nak dengar. Surat tawaran UIA smua dah print (betapa semangatnya hati nak masuk UIA)..tiba2.. Allah. Allah. Rasa berkecai hati. Berhari-hari menangis mengenangkan nasib diri. Tak henti persoalkan kenapa dan kenapa.

Tempat belajar: Kolej Mara Kulim
Course: Asasi Sains
Program: Program pra-universiti USM

Memang terus-terusan berdoa. Mohon moga Allah beri yang terbaik. Sungguh.. rasa diri lemah. Rasa diri tak mampu. Tak boleh bayangkan KMK tu macam mana. Tertanya-tanya.. kawan-kawan nanti macam mana.. ada ke yang sefikrah? Macam mana biah dia? Boleh ke pakai tudung labuh kat sana?  Semua soalan tu tak henti2 menerjah benak fikiran ni.
*kolot sungguhla pemikiran saya.

Uhhu. Bukan apa.. saya takut. Ye. Jujur. Sangat takut. Takut culture shock. Takut smua benda. Kadang mengeluh kepada diri sendiri.. kenapala boleh jadi lemah macam ni. Selalu cakap kat diri nak jadi mukmin hebat.. ni Allah baru nak letakkan kita kat tempat asing sikit dah takut tak tentu pasal. Oke. Terdiam.

Umi dengan ayah tak jemu pujuk. 

Pergilah. InsyaAllah. Sana tempat yang terbaik untuk Khaulah. Yang penting diri kita.. tetapkan pendirian tu.

Sampaikan ada kawan umi call dan cakap dengan saya. Bagi nasihat.

"Khaulah..makcik rasa.. insyaAllah.. that's the best place for you. Allah tahu khaulah mampu tu sebab Allah bagi rezeki tawaran ni kat kamu. Kita orang Islam kena kuat. Nak jadi da'ie kena kuat. Bila khaulah pergi ke tempat yang asing bagi khaulah..suasananye pun lain daripada yang selama ini khaulah alami..insyaAllah..khaulah akan jadi jauh lebih hebat......"

Banyak lagila makcik tu nasihat. Nak tulis semua memang tak tertulis rasanya. Samapai hampir setengah jam makcik tu bercakap kat telefon. Semata-mata nak memujuk dan memberi semangat. (terima kasih Cik Haslina)
*Malu dengan diri sendiri >.<


Dan begitulah seterusnya. Adik beradik umi pun ade yg memujuk. Kawan2 ayah pun galakkan untuk terima... Mula-mula hati rasa sgtlah keras. TAK NAK. Tapi akirnya.. lembut juga.. huhu. Ntahlaa.. berkat doa umi ayah mungkin..
Akhirnya.. Hari Ahad.. hati kembali tenang. Facing the reality..

Khaulah.you are going to Kolej Mara Kulim. Accept the fact.

Dan sampai sekarang hati ni dah tekad. InsyaAllah.. ada barakahnya dengar pendpat dan saranan umi ngan ayah. Kita mungkin tak nampak sekarang tapi di kemudian hari.

Ape2pun.. saya mohon sangat sahabat2 doakan saya.

A new journey begins.

Moga saya kuat. Sahabat2 pun kuat.
Jom tuntut ilmu kerana Allah :)
Ilmu Allah itu sangat luas..

Dalam masa yang sama.. tingkatkan amal dan iman..
Moga Allah redha :")

Cartoon ngn kata2 dia sgt comel ^^
 Oh ye. Nak ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang support dan menembakkan doa buat saya. Sangat2 dihargai. 
Moga Allah merahmati kalian sayang2ku :) <3

 


 

15 comments:

  1. khaulah sayang,
    maaf sgt lama tk dpt contact .

    ya allah, serious baru tau khaulah ke kulim .

    its okay my dear, untuk setiap perancangan allah, mesti ada org2 yg tepat untuk menjalaninya .

    And you're the person :')

    Khaulah, kuat ye ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak boleh kongsi dengan saya cara nak mohon pra-u usm ni ? Saya dah buntu lah nak cari web dia. Bantu ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillahirrahmanirrahimm.. jangan buntu2 dik :) akak dulu tak mohon.. akak mohon program lain through MARA.. tup2 MARA bg program pra U USM ni.. kalau tak silap akak.. ada dlm pilihan under MARA program pra U USM ni :) cuba tengok betul2 :)

      Delete
    2. akak perubatan boleh mohon jugak ke ?

      Delete
  3. akk macam mana nak mohon pra-u usm nie?

    ReplyDelete
  4. Akak.haritu saya ada dapat mara sastera ikhtisas ke kulim.dengar je sastera saya abaikan.harini saya dapat surat pre u usm ni.adakah pre u usm ni blaja sains ataupun sastera ikhtisas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pre u usm ni blaja sains dik.. mmg akak pun ms tu dia tulis sastera ikhtisas tpi sama je macam aliran sains lain.kalaj adik rasa mcam tak tahu sgt n tak yakin.. cuba telefon pihak yg terbabit 😊

      Delete
    2. pre u usm ni blaja sains dik.. mmg akak pun ms tu dia tulis sastera ikhtisas tpi sama je macam aliran sains lain.kalaj adik rasa mcam tak tahu sgt n tak yakin.. cuba telefon pihak yg terbabit 😊

      Delete
    3. pre u usm ni blaja sains dik.. mmg akak pun ms tu dia tulis sastera ikhtisas tpi sama je macam aliran sains lain.kalaj adik rasa mcam tak tahu sgt n tak yakin.. cuba telefon pihak yg terbabit 😊

      Delete
  5. assalamualaikum kak khaulah,I really need to know,akak apply dkt web mara berapa haribulan tu,camne nak tahu yg tu program pra usm,and ada iv tak?mohon reply sangat2 akak urgent ni . and nanti akak text saya eh 0192964979. ws tak on . thanks sesangat akak

    ReplyDelete
  6. Akak saya dpt tajaan mara utk program pra-u usm dlm perubatan. Nak tya akak skrg dh dkt usm eh? Saya risau jgak sbb nnti kena berjauhan dgn keluarga dkt selangor

    ReplyDelete
  7. Akak saya dpt tajaan mara utk program pra-u usm dlm perubatan. Nak tya akak skrg dh dkt usm eh? Saya risau jgak sbb nnti kena berjauhan dgn keluarga dkt selangor

    ReplyDelete
  8. Akak saya tgh hadapi the same situation as what you faced back then..saya dpt both uia dgn usm under mara..hati teringin sgt nak ke uia tapi parents suruh pergi for mara..whats your opinion? Is going for the usm program better?

    ReplyDelete
  9. Akak saya tgh hadapi the same situation as what you faced back then..saya dpt both uia dgn usm under mara..hati teringin sgt nak ke uia tapi parents suruh pergi for mara..whats your opinion? Is going for the usm program better?

    ReplyDelete