Monday, May 20, 2013

Rahsia Allah :)

Bismillahirrahmanirrahiim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.

Our future.
Masa depan kita.
Sememangnya Rahsia Allah. No contradiction to that i guess.

Bila bercakap soal masa depan.. ia termasuklah kat mana kita sambung belajar nanti. Kita kerja apa nanti. Dugaan2 jenis ape yang bakal kita hadapi. Manusia2 jenis macam mana yang kita akan bertemu. Dan semualah.. termasuklah yang tak terjangkau dek akal fikiran kita termasuklah bila kita mati dan bagaimana kita mati kelak.

Kesemuanya Rahsia Allah.
Ya.. rahsia Allah.

Manusia merancang dengan pelbagai perancangan.
Termasuklah saya. Saya merancang banyak perkara. Namun, saya seringkali cuba ingatkan diri saya bahawa setiap perancangan hanyalah usaha semata-mata.





Say this when we don't get what we want :)

Yang menentukan hasilnya adalah Allah.

Yang menentukan kita dapat atau tak apa yang kita hajatkan adalah Allah.


Maka, apa tugas kita?

Mendiamkan diri dan mengharapkan pertolongan Allah semata-mata?
atau..
Berhenti merancang krn tahu Allah sebaik-baik perancang?

Ehm.
Bagi saya, dua2 cara salah. Pengharapan mutlak kita sememangnya hanyalah untuk Allah. Tapi kita kena ingat bahawa Allah melihat kepada usaha kita. Allah melihat dengan cara apa yang menunjukkan bahawa kita mengharapkan pertolonganNya. Bukan sekadar doa. Usaha dan perancangan tetap perlu ada. :)

Dan setelah merancang..yakinlah dan letaklah perngharapan serta kebergantungan kepada Allah. Jika Allah tidak beri seperti apa yang kita rancang, sudah tentu kerana Dia ada sesuatu yang jauh lebih hebat untuk kita.

Itulah dia rahsia Allah.

Allah tu Maha Baik. Dia tak pernah nak zalimi kita dengan tidak memberikan apa yang kita mahu, sebaliknya itu adalah satu bentuk kasih sayangNya. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kita hambaNya.
Yakinlah dengan itu.
InsyaAllah. Hati akan tenang :)

Kadang kita tak pernah terfikir pun. Tibe2 je dapat. Tibe2 je Allah beri jalan lain. Mungkin sebagai satu ujian buat kita apabila tak peroleh apa yang kita nak..dan barangkali juga satu bentuk nikmat. Setiap yang berlaku dalam hidup kita hakikatnya dgn izin Allah dan pastinya terselit 1001 hikmah.

Maka lihatlah apa yang berlaku kepada diri dan hidup kita dengan mata hati. Renung dengan sedalam-dalamnya. Allah bagi kita akal untuk berfikir maka gunakan ia sebaiknya.

:) :)

dah2. takmau masam2. Yakin pada Allah ea. He is always the BEST PLANNER :)



Say Alhamdulillah.
Thank you Allah :)

Wallahua'lam.^^






6 comments:

  1. thank you, my dear . :')

    allah lebih kenal kita, lebih dari ita kenal diri sendiri .
    jumpa esok . ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome sayang :)

      yup. Allah semestinya kenal kita. kita kan hambaNya ^^
      hee.insyaAllah...

      Delete
  2. Salam khaulah, :)
    terima kasih sebab ingatkan :)
    dah tak masam dahhh :)
    terima kasih :')

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam :)

    eheh. ada ms sy ingtkn. ade ms awk.
    itu guna sahabat kan ^^

    bgus2. tak masam2 dah. give youself a thumbs up dear :D

    Uhibbukifillah..

    ReplyDelete
  4. Salam khaulah...! Post awak mcm jwpn bg post saya,,hehehe..skarang lebih jelas alhamdulillah
    Semoga kita semua diberi kekuatan,in shaa Allah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam :)
      Eheh.
      Alhamdulillah dpt bg awak jawapan :)
      Apepun..terus doa moga diberi kekuatan.. Allahumma ameen.

      Tersukan berjuang ye :)

      Delete