Tuesday, June 17, 2014

Hati ni patut kejar redha Tuhan.

Bismillahirrahmanirrahim.


A conversation.

" Apa yang ummi tengok sekarang ni khaulah, masyarakat kita ni ada satu penyakit. Semua nak tunjuk kat dunia. Sikit2 selfie.. post sana-sini. Gambar muka pun terpampang besar. Pergi mana-mana pun nak bagitau orang lain."

terdiam.

' Ntahla ummi. Everybody wants fame. Everybody wants attention. Tanda kiamat kot ummi. Khaulah pun mungkin terbuat jugak..but i'll try not to. Hati ni patut kena kejar redha Allah. Bukan popuraliti manusia.'



Menangis.



kita dah dapat belum redha Allah?



Hati ni patut kejar redha Allah, bukan populariti manusia.

Berulang-ulang ayat ni dalam diri sejak dari hari itu. Teguran daripada Allah..mungkin. Betapa kita mudah sahaja leka dari tujuan asal kita hidup atas dunia. Kita hidup untuk apa sebenarnya.


Saya tuju saya.

Bangga dengan kehidupan sekarang. Puas hati dengan segala ibadah. Berasa senang dengan segala kesenangan. Lantang bersuara tentang dakwah. Fasih berbicara soal ibadah. Laju menilai orang lain. Diri sendiri?

Dunia.
Dunia ini terlalu memukau. Sehinggakan bilamana kita sebenarnya telah terlalu jauh dari Tuhan, kita masih merasakan yang kita manusia paling dekat dengan Tuhan. Beribadah kerana mahukan pujian. Hilang dan punah segala keikhlasan.

Allah.Allah.Allah.

Khilafnya diri.Lemahnya diri.

Tak suka tengok maksiat. Menyampah. Benci. Tapi dalam tak sedar, kita penyumbang. Dalam tak sedar, kita antara yang mahukan perhatian manusia. Kita antara yang leka seleka-lekanya. Kita antara yang hanya tahu berbicara, amal entah buat entah tidak.

Redha Allah sepatutnya jadi tujuan utama hidup. Tujuan UTAMA hidup.
Tapi sekarang, yang ramai kejar bukannya redha Allah, sebaliknya populariti manusia.

Licik sungguh syaitan dalam projek mengawal hati manusia.

Kita buat baik, dia suruh khabarkan kepada semua manusia. 
Kita cuba ikhlas, dia bisik kata-kata yang mendorong kepada rasa bangga dalam diri.
Dengan bertujuan, perbuatan kita itu untuk manusia, bukan untuk Allah. Lari niat asal kita.

Syaitan jahat.

Ya. Dia memang jahat. Tapi kita manusia harus kuat. Istighfar sebanyaknya. Moga hati terus terdorong untuk mengejar redha Tuhan.



Biar up to date dengan Allah


Allah. Kuatkan kami untuk capai redhaMu.




2 comments: