Wednesday, June 18, 2014

Nak tak nak diri sendiri yang kena kuat.

Bismillahirrahmanirrahim.



Pada suatu hari di alam maya.


"Awak. Kita rasa lemah. Bagi nasihat boleh? Panjang pun takpe. Iman makin gersang. I feel lost and need a few words of wisdom daripada seorang sahabat."


And she began.


Iman sifatnya turun dan naik. Ada masa jatuh. Ada masa bangun. Cuba isi masa kita dengan orang yang boleh dekatkan kita  dengan Allah. Insyaa Allah. Terisi hati. Kita tak kuat untuk bangkit sendiri. Adapun kita mampu, kita akan sakit. Bangkit kita lambat. Carilah orang yang mampu bantu. Mohon dengan Allah moga dipertemu sahabat soleh dan solehah.


"I miss KISAS. Rindu sahabat yang seperti di bumi itu. Susah nak cari"


Maka berhentilah mencari. Cubalah, menjadi seperti mana kita nak orang sekeliling kita jadi. Kitalah orang yang dihantar Tuhan untuk menghidupkan biah solehah itu di luar.

Kisas. Bukan tempat awal dan akhir. Tetapi kehidupan di luar itulah permulaan kita. 

Bina diri kita dulu. Maka Allah tidak pernah kejam untuk tinggalkan kita sendirian. Adapun kita tiada sesiapa, setidaknya kita kuat sendiri.


Menangis.


Tersentak. Benar. Benar semuanya.



Nak taknak, diri sendiri yang kena kuat. Kuat hadapi mehnah. Kuat hadapi ujian dan cabaran. Memang.. akan banyak dugaan yang menimpa. Pelbagai ragam manusia yang akan kita jumpa. Tapi jangan lupa, Tuhan itu ada. Dan Tuhan tidak zalim.

Bangkitlah walau tiada siapa yang menghulur tangan. Kerana dalam tiap cubaan untuk bangkit, Allah ada. Membantu. 

Memang mudah mulut berbicara. Kuatlah. Tabahlah. Tapi bila diri sendiri diuji, perit dirasa. Tapi bangkitlah. Kerana tiada siapa yang boleh memajukan diri melainkan diri. Tiada siapa yang boleh menguatkan diri melainkan diri.

Senyumlah meski hati terasa perit. Kerana inilah dunia. Mahukan syurga bukan mudah. Syurga dipagari oleh kepayahan di dunia, manakala neraka dipagari oleh kesenangan di dunia. 

Bantulah diri. Kerana tiada siapa yang boleh membantu diri melainkan diri.

Saya tuju saya.





Moga terus diberi kekuatan.
:')


2 comments:

  1. sungguh aku merindui mu. aku merindui kisas

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu.miss u too dear :') kuat2! pnjang umur..murah rezeki.. kita jmpe lg ye ^^

      Delete