Saturday, June 28, 2014

Bulan itu tiba lagi.

Bismillahirrahmanirrahiim.


Ramadhan itu sinar keberkatan
Menyinari kehidupan tiap insan
Bersihkan hati
Sucikan diri
Dekatilah Ilahi
Moga kali ini
Istiqamah terus bersemi
Hingga ke akhirnya nanti.


Alhamdulillah. Dan hari ini, tanggal 1 Ramadhan, nyawa masih Allah pinjamkan untuk menghirup udara Ramadhan. Indah. Bahagia. Bulan di mana penuh dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluasnya. Allah.

Banyak. Banyak ucapan. Masing-masing mengingatkan. Masing-masing menanam matlamat yang tinggi untuk Ramadhan kali ini.


" Ramadhan tahun ni.. aku nak khatam Quran sekali dengan maksud."

" Aku berazam ni..nak qiam setiap malam starting this Ramadhan."

"InsyaAllah. Aku taknak membuang masa Ramadhan kali ni. Aku nak hayati betul-betul."


MasyaAllah. Subhanallah. Masing2 dengan matlamat dan niat masing2. Tanamlah tekad setinggi mungkin. Capailah cita2 semampu yang boleh. Moga segalanya kita mampu laksana dengan hati yang ikhlas semata-mata keranaNya. 

Kerana Ramadhan itu bulan tarbiyyah. Mendidik diri untuk ikhlas.untuk istiqamah. untuk bersabar. maka haruslah untuk kita berusaha semampu boleh.
Bukan sekadar cakap kosong.
Usaha.
Allah pasti bantu.
:)


Dan tidak kurang juga. Ada yang berniat untuk berhijrah. MasyaAllah. Moga terus diberi kekuatan. Kita yang memandang..jangan..jangan sesekali melunturkan semangat mereka dengan kata-kata yang tak sepatutnya.
'eleh... dia berhijrah tu masa bulan Ramadhan je. Habis bulan Ramadhan, dia jadila diri dia yang dulu'

Siapa kita untuk menilai?

Boleh jadi, dialah manusia yang paling mulia di sisi Allah kerana hijrahnya. Dan boleh jadi, hatinya jauh lebih ikhlas dari diri kita sendiri. Semuanya kuasa Allah. Maka berhentilah menilai.

***

#flashback
  kolej islam sultan alam shah

Bila sampainya bulan Ramadhan, automatik..hati,jiwa, ingatan.. mesti teringat Ramadhan di Kisas. Mungkin kerana sambutan Ramadhan di bumi itu luar biasa.

Rindu. Dikejut sahur dengan pistol air cikgu nani. 
Rindu. Terawikh wajib 20 rakaat (masa form 4, form 5 dilonggarkan sbb nak exam), sampai terketar-ketar kaki (al-maklumlah..first time) dan suasana surau yang sangatlah 'sejuk'. eheh.
Rindu. Tazkirah pagi petang siang malam. masa assembly. lps asar. sebelum berbuka. sebelum tidur.
Rindu. Tadarus beramai-ramai ikut grup usrah dan adakalanya sampai tersengguk2. hehe
Rindu. Rindu. Rindu.

***

Itulah pengalaman. Pengalaman tarbiyyah di sebuah bumi. Dan sekarang, sesiapa sahaja yang pernah merasainya, pasti merinduinya. 

Lumrah dunia. Yang berlalu takkan berlaku lagi. Yang tinggal hanya pengalaman dan kenangan. Andai rindu akan suasana Ramadhan yang sebegitu, hidupkanlah suasana itu di rumah atau di mana2 pun kita berada. Hidupkanlah agar semua dapat merasainya.

:)




Salam Ramadhan 1425H.
Moga istiqamah.
Moga kita menjadi lebih bertaqwa.

Allahummasolli'ala Muhammad.







No comments:

Post a Comment